KUALA LUMPUR: Peruntukan RM41 juta dalam Belanjawan 2027 akan membantu memajukan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup (SUPER), memperkukuh ekosistem inovasi dan mempercepat transformasi digital Malaysia.
Cradle Fund Sdn Bhd, agensi yang menyokong syarikat pemula niaga peringkat awal, memaklumkan peruntukan itu turut memperluas penembusan teknologi buatan Malaysia ke pasaran serantau dan global.
Menurut Cradle Fund, peningkatan akses kepada pembiayaan, peluang pengkomersialan, pembangunan keupayaan dan jaringan pasaran menyediakan asas lebih kukuh untuk pemula niaga berkembang, meningkatkan daya saing serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi mampan.
"Malaysia telah membina asas yang kukuh melalui pembangunan bakat keusahawanan, teknologi dan syarikat berinovasi.









