SHAH ALAM: Seorang pemandu lori direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan 12 kenderaan di lampu isyarat simpang tiga Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, lelaki berusia 51 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Reman selama empat hari," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, Sarudin menerusi kenyataan memaklumkan pemandu yang merempuh 11 kereta itu disahkan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.






