London: Manchester United meneruskan episod bergelora apabila sekadar seri 1-1 menentang seteru tradisi, Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus menambah tekanan terhadap pengendali Michael Carrick.
Keputusan di Elland Road itu menyaksikan United terus bergelut mencari konsistensi selepas prestasi hambar yang turut mencetuskan persoalan terhadap kemampuan Carrick membentuk skuad lebih ampuh.
Krisis The Red Devils semakin hangat apabila pertahanan Lisandro Martinez mengkritik pengurusan kelab susulan kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.
Pemain Argentina itu mendakwa Carrick tidak dibekalkan skuad yang cukup ampuh selepas jendela perpindahan musim panas yang mengecewakan.








