BUTTERWORTH : Berita baik buat 227 keluarga yang menetap di Kampung Manis, Perai di sini, apabila impian mereka untuk memiliki kediaman gantian termasuk rumah percuma bagi yang layak di bawah projek penempatan semula kampung itu kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Hari ini, mereka yang terlibat telah mula menerima dokumen persetujuan untuk mengosongkan tapak daripada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) untuk ditempatkan semula di kediaman baharu di bawah program Rumah MutiaraKu (RMKu) yang melibatkan sebahagian Lot 286, Lot 65 dan Lot 67 di daerah Seberang Perai Tengah.

Daripada 227 keluarga yang terlibat pula, 174 daripada mereka yang masih menetap di situ akan menerima penempatan gantian secara percuma manakala selebihnya iaitu 53 keluarga lagi akan ditawarkan rumah pada harga serendah RM150,000 daripada kerajaan negeri menerusi perjanjian secara sewa beli.