Johor Bahru: Skuad remaja kebangsaan tidak berdepan untuk menjinakkan China 3-0 dalam aksi Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun (B-21) Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, sebentar tadi.
Skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin yang bergelar Young Tigers turun pada aksi pertama SOJC hampir mencipta jaringan seawal minit keempat selepas bola umpanan T Naveennash Panicker membuka ruang Rahuul Fazrien Nazrien menyusup masuk ke dalam kawasan D namun bola tolakan berjaya ditepis penjaga gol China, Zhang Zhiyuan.
Bagaimanapun usaha merobek gawang anak didik Cui Yongxin berhasil selang seminit kemudian pada suku pertama perlawanan selepas kapten Nabil Irfan Mohd Yusof menyempurnakan pukulan sudut penalti menewaskan Zhiyang untuk gol pertama Young Tigers.








