JOHOR BAHRU: Skuad remaja kebangsaan menyasarkan untuk menamatkan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun (B-21) Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di kelompok tiga terbaik tatkala saingan itu bakal menyingkap tirai di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, di sini bermula esok hingga 24 Oktober ini.
Ketua jurulatih Young Tigers,Nor Saiful Zaini Nasiruddin berkata, persiapan menghadapi saingan SOJC pada kali ini berjalan lancar selepas menamatkan saingan Piala Remaja Asia di Moqi, China dan kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) dan kini memberi tumpuan pada aksi SOJC.
Katanya, kebanyakan pemain yang beraksi di Piala Rermaja Asia terdiri daripada pemain berusia 18 dan 19 tahun, manakala SOJC pula adalah kategori Bawah 21 Tahun (B-21) yang mana pasukan seperti Pakistan, Canada dan Jepun bakal dibarisi pemain pelapis skuad senior.






