Seremban: "Memang sakit ketika melahirkan arwah, tetapi tidak setanding kesakitan yang saya rasai apabila kehilangannya," kata Normah Parimin, 64.

Normah adalah ibu kepada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori ketika melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan lain di Kilometer 256.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini, malam tadi.

Normah berkata, dia dikejutkan isteri anaknya, Allahyarham Mohd Azrul Rashid Yaakub, 42, pada jam 11 malam yang memaklumkan anak sulung daripada tiga beradik itu sudah 'tiada'.

"Saya tanya balik kepada menantu, along pergi mana tak ada, biasa dia akan balik jam 12 tengah malam.