JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki warga emas yang berlumuran darah dengan beberapa kesan cedera pada bahagian lengan, kepala dan muka, dijumpai tepi jalan dekat Permas Jaya di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa warga tempatan berusia 67 tahun, dipercayai maut akibat dipukul berkali-kali dengan objek tumpul di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Ng Swie Chait, berkata polis menerima laporan daripada orang awam pada jam 4.54 petang berhubung kejadian itu.

"Susulan itu, polis memberkas seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun dipercayai kurang siuman yang disyaki terbabit kejadian berkenaan.