KUALA LUMPUR: Kerajaan menyokong usaha memperkukuh tradisi keilmuan, penyelidikan dan wacana pemikiran Islam yang mampu menyumbang kepada pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di platform X selepas menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya merangkap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

"Pertemuan membincangkan Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) 2027-2030 yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat dan pengukuhan jaringan keilmuan," katanya.