HOUSTON: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, memperkenalkan kereta yang disifatkannya sebagai mampu 'terbang' dengan bantuan sistem pendorong pada satu acara di kemudahan syarikat roket SpaceX, semalam.
Cabaran teknikal dan peraturan setakat ini menghalang sektor kereta terbang yang sering diperkatakan daripada berkembang secara meluas.
Musk memperkenalkan kereta sport Roadster baharu itu pada acara pelancaran di kemudahan ujian SpaceX di Texas.
Dalam demonstrasi yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Tesla di X, kereta berkenaan dilancarkan dari tanjakan keluli curam sebelum melakukan gulingan penuh di udara dan mendarat semula di atas rodanya.









