SINGAPURA: Singapura hari ini menegaskan akan mengeluarkan notis amaran kepada tujuh syarikat di Indonesia yang dikenal pasti bertanggungjawab terhadap kebakaran yang menyebabkan asap toksik merebak ke seluruh Asia Tenggara, sambil memberi amaran bahawa keadaan paling buruk mungkin belum berlaku.

Negara kota itu memperketatkan langkah bagi menangani kebakaran yang berlarutan selama berbulan-bulan dan berikrar mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat yang bertanggungjawab terhadap kebakaran berkenaan, yang menyebabkan kualiti udara di rantau ini antara paling buruk di dunia.

"Siasatan kami setakat ini menunjukkan bahawa sebahagian jerebu yang dialami di Singapura berpunca daripada kebakaran di kawasan tanah milik tujuh syarikat di Indonesia," kata Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Grace Fu.