Kuala Lumpur: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan terhadap kesihatan dan kesejahteraan murid dan pelajar susulan keadaan jerebu yang mengakibatkan kemerosotan kualiti udara.

Seri Paduka Baginda turut mengambil berat kesan pencemaran udara terhadap kesihatan kanak-kanak terutama murid dan pelajar yang lebih terdedah kepada risiko gangguan kesihatan memandangkan sistem pernafasan mereka masih dalam peringkat perkembangan.

Baginda bertitah pemakaian pelitup muka antaranya jenis N95 penting membantu mengurangkan pendedahan kepada zarah pencemaran udara ketika keadaan jerebu melanda.

"Berikutan kualiti udara tercemar akibat jerebu, saya amat bimbang kesan kesihatan jangka panjang khususnya membabitkan murid dan pelajar.