SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mempersoalkan kemampuan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengekalkan kestabilan negeri susulan insiden kemurkaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar berkata, perkembangan itu menimbulkan persoalan mengenai keupayaan kepimpinan politik negeri memelihara keharmonian institusi, mempertahankan maruah negeri dan memenuhi amanah rakyat.Beliau berkata, kestabilan dan kemakmuran yang diketengahkan UMNO-BN ketika pilihan raya kini dipersoalkan berikutan kemelut politik yang turut menjejaskan imej Negeri Sembilan.Menurutnya, rakyat mengharapkan kepimpinan negeri menguruskan perselisihan secara berhemah melalui perundingan, selain mengutamakan kepentingan negeri dan mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan."Sebarang perselisihan yang melibatkan institusi negeri seharusnya ditangani secara berhemah, berlandaskan Perlembagaan dan dengan mengutamakan kepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Hamizan berkata, krisis itu turut menimbulkan persoalan mengenai kematangan diplomasi politik kepimpinan negeri, khususnya dalam menguruskan perbezaan pandangan yang membabitkan institusi diraja.Menurutnya, mandat yang diberikan melalui pilihan raya bukanlah lesen untuk sesebuah parti bertindak tanpa penelitian, sebaliknya hadir bersama tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan keharmonian negeri."Sokongan rakyat juga bukan sesuatu yang boleh dianggap kekal, sebaliknya perlu dipelihara melalui prestasi, integriti dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata, kepimpinan UMNO-BN Negeri Sembilan perlu melakukan penilaian serius terhadap pendekatan politik dan pentadbiran yang diambil."Rakyat berhak mengetahui langkah yang akan dilaksanakan bagi meredakan ketegangan, memulihkan keyakinan awam dan memastikan perkara seumpama ini tidak berulang," katanya.Hamizan berkata, polemik berkenaan turut berisiko menjejaskan imej Negeri Sembilan yang sinonim dengan Adat Perpatih, kebijaksanaan bermusyawarah dan penghormatan terhadap institusi.Beliau menegaskan, rakyat berhak mendapatkan penjelasan, menuntut akauntabiliti dan menilai prestasi kepimpinan yang diberikan mandat.Menurutnya, kesetiaan kepada institusi diraja dan penghormatan terhadap Perlembagaan perlu dizahirkan melalui tindakan berhemah, manakala perbezaan pandangan hendaklah diselesaikan melalui saluran sah berlandaskan undang-undang."Akhirnya, persoalan yang harus dijawab bukan sekadar siapa yang menang atau kalah dalam percaturan politik ini, tetapi siapa yang benar-benar mempertahankan kepentingan rakyat dan maruah Negeri Sembilan," katanya.
'Rakyat berhak dapat penjelasan' - AMK persoal kemampuan UMNO-BN kekalkan kestabilan Negeri Sembilan
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Wakil rakyat persoal kemampuan LCS susulan perubahan teknologi, ancaman
- Sinar Harian 'Rakyat berhak dapat penjelasan' - AMK persoal kemampuan UMNO-BN kekalkan kestabilan Negeri Sembilan (this story)









