KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menghentikan penyebaran naratif mengelirukan melalui penyebaran semula klip video lama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melakukan upacara perkahwinan sivil pasangan bukan Islam.

Menurut JPN, tindakan mengitar semula rakaman lama tanpa menjelaskan konteks sebenar, apatah lagi sehingga menimbulkan persepsi yang mengelirukan, merupakan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat.

"JPN memandang serius tindakan menularkan semula klip video itu, sedangkan perkara tersebut telah dijelaskan secara rasmi sejak 25 Oktober 2023.

"JPN ingin menegaskan bahawa video berkenaan bukan kejadian baharu, sebaliknya merupakan sebahagian pengisian Majlis Sambutan Jubli Intan JPN sempena Hari Pendaftaran Negara 2023," katanya melalui kenyataan di Facebook.