KOTA BHARU: Hatrik Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar membantu Star City FC menang 5-2 ke atas Kelantan Red Warrior (KRW) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu di sini, malam tadi.

Terdahulu,Nur Azfar membuka jaringan kontroversi apabila perlu disahkan dengan semakan video bantuan pengadil (VAR) selepas kedudukan pemain itu dalam kotak penalti diragui ketika menanduk cantik bola minit ke-14, yang akhirnya disahkan pada kedudukan 'onside' dan gol pertama diberikan buat Star City.

Pada minit ke-45, kesilapan penjaga gol, Amin Faisal Mohd Saidi gagal menepis keluar bola sepakan penjuru sebelum dimanfaatkan import, Pedro Santos untuk gol kedua pelawat.

Azfar menambah derita KRW dengan menampan mudah bola ke gawang tuan rumah untuk bekalan selesa Star City di bilik persalinan dengan jaringan 3-0 di masa tambahan babak pertama minit ke-46.