Jakarta: Asap akibat kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan merebak hingga ke Jakarta, mendorong agensi meteorologi Indonesia menasihatkan penduduk supaya mengehadkan aktiviti luar, kata seorang pegawai pada Jumaat, lapor Xinhua.

Imej satelit menunjukkan asap merebak merentasi Kalimantan dan Sumatera, serta sampai ke Banten, Jawa Barat dan Jakarta, menurut Guswanto, seorang pegawai kanan agensi berkenaan, yang mengingatkan bahawa masih belum dapat dipastikan sama ada asap itu menjejaskan kualiti udara di permukaan bumi.

Sehingga tengah hari Jumaat, kepekatan zarah halus PM2.5 di daerah Kemayoran, Jakarta, mencecah 67.5 mikrogram bagi setiap meter padu, iaitu paras yang dikategorikan sebagai tidak sihat oleh agensi itu.