Kota Bharu: Hatrik Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar membantu Star City FC menang 5-2 ke atas Kelantan Red Warrior (KRW) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu di sini, hari ini.

Terdahulu,Nur Azfar membuka jaringan kontroversi apabila perlu disahkan dengan semakan video bantuan pengadil (VAR) selepas kedudukan pemain itu dalam kotak penalti diragui ketika menanduk cantik bola minit ke-14, yang akhirnya disahkan pada kedudukan onside dan gol pertama diberikan buat Star City.

Minit ke-45, kesilapan penjaga gol, Amin Faisal Mohd Saidi gagal menepis keluar bola sepakan penjuru, dimanfaatkan import, Pedro Santos untuk gol kedua pelawat.

Azfar menambah derita KRW dengan menampan mudah bola ke gawang tuan rumah untuk bekal selesa Star City dengan jaringan 3-0 di masa tambahan babak pertama minit ke-46.