Tumpat: Tragedi yang meragut nyawa Norhazwani Ibrahim, 35, kelmarin, dipercayai boleh dielakkan sekiranya masalah rumah tangga mereka ditangani lebih awal.
Abang ipar mangsa, Kamarulzaman Ibrahim, 59, mendakwa dia pernah menasihati pasangan itu supaya mengelakkan pergaduhan bulan lalu.
Bekas pensyarah itu berkata, dia menasihati pasangan itu supaya menyelesaikan perselisihan faham secara baik, selain mengingatkan suspek supaya tidak terbabit dalam kegiatan yang boleh memusnahkan keluarganya.
"Saya juga memberitahunya (suspek) dadah menjadi punca kepada banyak masalah, ketagihan juga boleh mendorong seseorang melakukan jenayah seperti mencuri, sekali gus memusnahkan kehidupan individu dan masa depan sesebuah keluarga.






