SHAH ALAM – Institusi perbankan tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab apabila wang simpanan pelanggan didakwa lesap, sebaliknya perlu memulangkan wang berkenaan sekiranya siasatan membuktikan kehilangan itu berpunca daripada kecuaian atau kelemahan sistem keselamatan bank.Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Pahang, Daniel Khoo Jian Woon berkata, keyakinan pelanggan terhadap institusi perbankan bergantung kepada keupayaan bank melindungi wang yang diamanahkan kepada mereka.Menurutnya, pelanggan menyimpan wang di bank kerana percaya institusi kewangan itu mempunyai sistem keselamatan yang mampu menghalang transaksi tanpa kebenaran."Apabila kita menyimpan wang di bank, kita percaya wang itu selamat. Jika wang pelanggan boleh hilang sehingga melibatkan jumlah yang begitu besar, bagaimana orang ramai mahu terus yakin terhadap sistem perbankan?"Bank perlu bertanggungjawab. Jika siasatan mendapati kehilangan itu berlaku akibat kecuaian atau kelemahan sistem keselamatan bank, wang pelanggan perlu dipulangkan dengan segera," katanya pada Khamis.Beliau mengulas tindakan seorang kerabat diraja Terengganu, Tengku Ismail Tengku Ibrahim, yang memfailkan saman sivil terhadap dua institusi perbankan bagi menuntut semula RM1.985 juta yang didakwa hilang daripada akaun simpanannya.Dalam tuntutan tersebut, plaintif mendakwa tidak pernah memberikan kebenaran untuk mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian atau meluluskan transaksi yang dipertikaikan.Mengulas lanjut, Daniel berkata, bank perlu memperketat prosedur pengesahan bagi transaksi luar biasa, khususnya pemindahan wang dalam jumlah besar ke akaun pihak ketiga.Katanya, pihak bank sewajarnya menghubungi pelanggan untuk mendapatkan pengesahan terhadap transaksi yang mencurigakan, selain menyimpan rekod pengesahan bagi memudahkan siasatan sekiranya berlaku pertikaian pada masa hadapan."Apabila terdapat transaksi daripada akaun pelanggan ke akaun pihak ketiga, bank sepatutnya menghubungi pelanggan untuk mengesahkan sama ada transaksi itu benar-benar dilakukan oleh pemilik akaun."Bank juga perlu mempunyai rekod atau rakaman panggilan sebagai bukti bahawa pengesahan telah dibuat. Ini merupakan antara langkah penting dalam menjaga keselamatan akaun pelanggan," katanya.Menurut Daniel, sekiranya pelanggan menafikan melakukan transaksi berkenaan, bank perlu mengambil tindakan segera termasuk mempertimbangkan penangguhan atau sekatan transaksi mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.Pada masa sama, beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti bagaimana transaksi yang dipertikaikan itu boleh berlaku, termasuk kemungkinan wujudnya penglibatan orang dalam sekiranya terdapat bukti yang menyokong dakwaan tersebut."Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan tanpa siasatan."Jika ada pihak yang menyalahgunakan kedudukan atau membantu penjenayah mengeluarkan wang pelanggan, mereka mesti dikesan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.Danie
Wang kerabat diraja pun boleh lesap, bank jangan lepas tangan – NGO

Key points
- SHAH ALAM – Institusi perbankan tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab apabila wang simpanan pelanggan didakwa lesap, sebaliknya perlu memulangkan wang berkenaan sekiranya siasatan membuktikan kehilangan itu berpunca daripada kecuaian atau kelemahan sistem keselamatan bank.
- Menurutnya, pelanggan menyimpan wang di bank kerana percaya institusi kewangan itu mempunyai sistem keselamatan yang mampu menghalang transaksi tanpa kebenaran.
- Jika siasatan mendapati kehilangan itu berlaku akibat kecuaian atau kelemahan sistem keselamatan bank, wang pelanggan perlu dipulangkan dengan segera,” katanya pada Khamis.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Hilang RM1.99 juta dalam akaun, kerabat diraja Terengganu saman dua bank
- Utusan Malaysia Wang pelanggan lesap, bank jangan lepas tangan-MCCC
- Sinar Harian Wang kerabat diraja pun boleh lesap, bank jangan lepas tangan – NGO (this story)









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F09%2F051a26f69fc289398b827737b67d5a58.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)