ALOR GAJAH - Seorang penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 211.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Jejantas Ayer Keroh di sini Selasa lalu.Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa, Nurul Fatehah Alya Kamaruaf'fandi, 20, difahamkan dalam perjalanan pulang ke kampus selepas menziarahi pusara ibunya di Kuala Selangor.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda Vario 160 yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.Menurutnya, mangsa kemudian tercampak ke kawasan lorong kecemasan akibat impak pelanggaran itu."Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya.Sementara itu, pihak pentadbiran UTeM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah yang merupakan pelajar Tahun Dua program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Komputer) dengan Kepujian di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).UTeM dalam satu kenyataan berkata, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM turut membantu menguruskan proses pengurusan jenazah Allahyarhamah.Jenazah dibawa ke Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM untuk disolatkan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Bagan Datuk, Perak bagi urusan pengebumian.Sebagai tanda keprihatinan, UTeM turut menyantuni bapa Allahyarhamah dan menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM2,000.Selain itu, pihak universiti akan membantu keluarga Allahyarhamah menguruskan tuntutan insurans kelompok pelajar berjumlah RM21,500 serta khairat kematian menerusi Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sebanyak RM2,000.UTeM turut membantu menyelesaikan urusan pentadbiran dan akademik Allahyarhamah yang masih belum selesai.Seluruh warga UTeM mendoakan agar bapa dan keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
Penuntut UTeM maut selepas ziarah pusara ibu

Key takeaways
Seorang pelajar UTeM maut dalam kemalangan motosikal selepas pulang dari ziarah pusara ibunya.
- Kemalangan berlaku di Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Ayer Keroh.
- Mangsa terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah di kepala.
- UTeM merakamkan takziah dan membantu urusan jenazah pelajar tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Suami isteri maut nahas tidak sempat ziarah pusara bapa
- Sinar Harian Penuntut UTeM maut selepas ziarah pusara ibu (this story)









