PETALING JAYA – Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 150 sememangnya sudah berada dalam kategori tidak sihat, namun tidak semua tahap risiko jerebu memerlukan tindakan yang sama termasuk penutupan sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kebimbangan ibu bapa pada tahap bacaan itu sememangnya berasas, namun pengurusan jerebu mempunyai tindakan berbeza mengikut tahap IPU.

Beliau berkata, hasil perbincangan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan agensi berkaitan, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil kira pandangan bahawa pengurusan jerebu negara perlu berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Keba