PUTRAJAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengesahkan beberapa tokoh muda daripada sayap itu bakal diketengahkan sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata AMK sudah mengemukakan beberapa nama untuk dipertimbangkan pimpinan parti.
Katanya, beliau yakin tokoh dan pimpinan muda di peringkat negeri itu mampu menjadi antara sandaran parti dalam menghadapi PRN Melaka.
"Dalam (PRN) Melaka ini, saya boleh beri jaminan bahawa memang akan ada calon daripada Angkatan Muda Keadilan yang akan diketengahkan," katanya ketika ditemui pada Majlis Prapelancaran Coffee Table Book Anwar Ibrahim: Kisah Yang Dirakam di sini, hari ini.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F09%2F6e88477dc966fb2ebc47ff8ee1e1be8e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
