JOHOR BAHRU: Tiada isu 'sakau' membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sedangkan isu lebihan belanja hanya berkaitan tatakelola pengurusan kewangan.

Justeru, Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha KKDW membuat kenyataan bersama bagi menjelaskan isu sebenar.

Tegasnya, dakwaan 'sakau' tidak seharusnya ditimbulkan kerana hanya berkaitan tatakelola pengurusan kewangan kementerian.

"Tak ada langsung cerita sakau RM2.1 bilion ini. Jadi, apa yang berlaku adalah tentang tatakelola pengurusan kewangan. Memang mungkin tak ada bajet tambahan, tetapi dalam pelaksanaan projek kerajaan, di tengah-tengah itu akan berlaku masalah.