KUALA LUMPUR - Kerajaan telah melakukan segala usaha sebaik mungkin untuk berunding dengan Indonesia dalam menangani isu jerebu rentas sempadan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kita dah buat sedaya mungkin," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian bagi menepis dakwaan kononnya kerajaan tidak aktif dalam menangani isu jerebu rentas sempadan yang semakin membimbangkan ketika ini.Semalam, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan Malaysia bersikap "terlalu lembut" dalam berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu, selain menuntut kerajaan mengambil pendirian lebih tegas.Dalam episod terbaru audio siar Keluar Sekejap, Khairy bagaimanapun mengakui Malaysia perlu berdiplomasi untuk memastikan perkara itu dapat diselesaikan.- Bernama
Jerebu: Kerajaan lakukan sebaik mungkin berunding dengan Indonesia - PM

Key takeaways
Kerajaan Malaysia berusaha sebaik mungkin berunding dengan Indonesia mengenai isu jerebu, kata PM Anwar Ibrahim.
- PM Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan telah melakukan segala usaha untuk berunding dengan Indonesia.
- Beliau menyangkal dakwaan bahawa kerajaan tidak aktif menangani isu jerebu.
- Khairy Jamaluddin mengkritik sikap Malaysia sebagai terlalu lembut dalam isu jerebu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Malaysia sudah sedaya mungkin atasi masalah jerebu, kata Anwar
- Sinar Harian Jerebu: Kerajaan lakukan sebaik mungkin berunding dengan Indonesia - PM (this story)
- Malaysiakini (BM) Jerebu: Kita dah buat sedaya mungkin, kata Anwar







