PUTRAJAYA: Anwar Ibrahim: Kisah Yang Dirakam, buku yang mengisahkan perjalanan dan perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dilancarkan pada Mac tahun depan.
'Coffee table book' terbitan Pertubuhan Kepedulian dan Keprihatinan Insan Malaysia (Malaysia Peduli) memaparkan perjalanan kehidupan, perjuangan dan kepimpinan serta khidmat awam Perdana Menteri dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.
Ia mengandungi himpunan fotografi, bahan arkib, dokumen serta catatan yang disusun secara kronologi.
Buku itu juga menelusuri detik penting yang membentuk perjalanan beliau, dari tahun awal dan idealisme perjuangan melalui pelbagai cabaran sehingga diamanahkan memimpin negara.








