PUTRAJAYA: Buku meja kopi (coffee table book) yang merakamkan perjalanan perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Anwar Ibrahim: Kisah yang Dirakam / A Life Recorded dijangka dilancarkan pada Mac tahun depan.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, penerbitan itu penting bagi membantu generasi muda memahami sejarah perjalanan perjuangan Perdana Menteri dengan lebih mendalam.
Menurutnya, naskhah berkenaan bukan sekadar merakamkan perjalanan Anwar, malah boleh menjadi panduan, pengajaran dan iktibar kepada masyarakat, khususnya golongan muda.
“Terima kasih kepada penganjur pada hari ini kerana menghasilkan satu lagi naskhah yang saya fikir cukup penting untuk generasi muda khususnya mengetahui sejarah perjalanan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang dirakamkan di dalam sebuah naskhah supaya ia dapat menjadi satu panduan dan juga pengajaran dan juga mungkin sebahagian itu iktibar kepada masyarakat bagi konteksnya pada hari ini khususnya golongan muda,” katanya.









