Putrajaya: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) baharu Arrifin Mohd Ghani bertekad meneruskan momentum kejayaan sukan negara dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan program prestasi tinggi menjelang temasya utama akan datang.
Arrifin yang memulakan tugas hari ini berkata beliau tidak berhasrat melakukan perubahan drastik terhadap struktur sedia ada, sebaliknya akan meneliti ruang penambahbaikan bagi memastikan momentum kejayaan atlet negara dapat diteruskan.
Beliau berkata pengalaman kembali menerajui MSN selepas berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan akan dimanfaatkan untuk memperkukuh persiapan atlet dengan keutamaan kepada usaha memastikan sokongan terbaik dapat diberikan bagi mencapai prestasi optimum di pentas antarabangsa.










