KUALA LUMPUR: Prof Dr Shahanum Md Shah dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dilantik sebagai penyandang ke-16 Kursi Tun Abdul Razak (TARC) di Universiti Ohio, Amerika Syarikat (AS).
Pelantikan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2028 itu dibuat secara rasmi oleh Menteri Pendidikan Tinggi.
UiTM dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan pelantikan itu membawa mandat besar memperluas jaringan akademik serta memperkenalkan ilmu dan kebudayaan Malaysia pada peringkat global.
Ia sekali gus meneruskan tradisi lebih empat dekad TARC sebagai platform hubungan akademik antara Malaysia dengan AS.









