Kuala Lumpur: Profesor Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Shahanum Md Shah dilantik sebagai Penyandang Kursi Tun Abdul Razak (TARC) ke-16 di Ohio University, Amerika Syarikat.

UiTM dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan, pelantikan itu membawa mandat besar memperluas jaringan akademik serta memperkenalkan ilmu dan kebudayaan Malaysia di peringkat global.

Pelantikan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2028 itu dibuat secara rasmi oleh Menteri Pendidikan Tinggi.

​Ia sekali gus meneruskan tradisi lebih empat dekad TARC sebagai platform hubungan akademik antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.