Kuala Lumpur: Polis mengesan pemilik akaun Threads yang tular selepas memuat naik hantaran mendakwa pihak berkuasa gagal hadir ke lokasi kejadian berhubung satu kes pencerobohan rumah.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, wanita berkenaan bersama suaminya kini dipanggil ke Balai Polis (BP) Jinjang untuk dirakam keterangan.

"Langkah ini bertujuan mendapatkan fakta sebenar dan mengenal pasti motif hantaran itu dimuat naik ke media sosial.

"Semakan terkini juga mendapati wanita itu sudah memadamkan hantaran berkenaan," katanya.