Shanghai: Pilihan utama, Alexander Zverev mempamerkan aksi lebih meyakinkan untuk menewaskan Alex de Minaur 6-4, 6-4 sekali gus melangkah ke separuh akhir Masters Shanghai, hari ini.

Pemain Jerman itu hanya memerlukan dua set untuk menyingkirkan wakil Australia berkenaan selepas meningkatkan tahap permainannya berbanding dua perlawanan terdahulu yang memaksanya beraksi sehingga set penentuan.

Zverev yang berusia 29 tahun berkata, dia berpuas hati dengan prestasi dipamerkan ketika menewaskan De Minaur yang terkenal dengan kepantasan pergerakannya di gelanggang.

"Perlawanan yang baik buat saya. Saya sangat berpuas hati dengan tahap permainan saya. Ini peningkatan besar berbanding beberapa perlawanan sebelum ini," katanya.