Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, terus memperkukuh kedudukannya dalam industri hartanah tanah air selepas meraih dua pengiktirafan berprestij pada majlis Malaysia Developer Awards 2026 (MDA).
Kejayaan berkembar itu menyaksikan LBS merangkul Anugerah Carta Utama, sekali gus menempatkan kumpulan berkenaan dalam kalangan tiga pemaju hartanah terbaik bagi kategori syarikat dengan permodalan pasaran di bawah RM1 bilion.
Selain itu, LBS turut mengukuhkan penguasaannya dengan menerima Anugerah Kualitatif Terbaik atas kecemerlangan yang ditunjukkan dalam pelbagai aspek pengurusan serta operasi perniagaannya.
Antara kriteria utama yang membawa kepada kejayaan anugerah kualitatif berkenaan merangkumi inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), inovasi dalam pembangunan tempat serta pelaksanaan pendigitalan secara menyeluruh.









%2Ffile%2Fattachments%2F886%2Fimage46_303911.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)