Rembau: Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan hasrat menunaikan ibadah umrah berikutan ancaman keselamatan susulan serangan pemberontak Houthi terhadap Arab Saudi yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun kerajaan tidak mengeluarkan larangan rasmi, langkah menangguhkan perjalanan itu amat penting demi keselamatan jemaah negara ini.
Katanya, Kementerian Luar cuma memberi nasihat kerana mendapati perjalanan ke Arab Saudi dikategorikan sebagai tidak selamat.
"Jika tidak ada apa-apa keperluan yang mendesak, Kementerian Luar menasihatkan supaya tangguhkan dulu. Namun terpulanglah kepada jemaah, mereka boleh berunding dengan syarikat yang menguruskan pakej umrah mereka.









