Kuala Lumpur: Seandainya peluang dan tawaran kerjaya seni di Malaysia semakin rancak, penyanyi kelahiran Singapura, Iskandar Ismail tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah ke negara ini.
Menurut Iskandar, 48, dia beranggapan suasana kehidupan di Malaysia lebih santai dan selesa berbanding di Singapura.
Bagaimanapun, anak kepada penyanyi era 1950-an, Allahyarham R Ismail ini berkata, setakat ini dia masih bergantung kepada perkembangan kerjaya seni serta keadaan keluarganya yang menetap di Singapura.
"Memang saya berulang-alik kerana keluarga masih berada di Singapura. Kalau betul-betul sibuk dengan kerjaya di Malaysia dan ada peluang untuk terus mengembangkan kerjaya, barulah saya akan menetap di sini.










