PUTRAJAYA- UMNO perlu bersedia menyerahkan kerusi Perdana Menteri (PM) kepada Pas sekiranya parti itu mampu membina capaian lebih tinggi dalam segmentasi masyarakat ‘elit’ dan berkemampuan untuk menjadi dominan dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara Pahang, Muhammad Ariff Asyrul Adnan berkata, Pas dilihat mempunyai kekuatan dalam memonopoli naratif ataupun sokongan pengundi khususnya pengundi Melayu.

Bagaimanapun, katanya, tentu sekali ia akan berlaku perpecahan (frgamentasi) yang agak kritikal sekiranya dua parti ini bertembung.

“Beza kedua-duanya ini dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah kedua-duanya memiliki kecederungan fokus pengundi yang sama iaitu Melayu berbanding Pakatan Harapan (PH) yang memberikan tumpuan kepada prinsip ‘multiracial’ dalam meraih sokongan.