PETALING JAYA: Bukan setakat pemandu, malah penunggang motosikal turut mengeluh selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas luar biasa di beberapa laluan utama sekitar Bandar Sunway, di sini, hari ini.
Berdasarkan beberapa hantaran di media sosial, beberapa pemandu mengeluh selepas terperangkap di dalam kesesakan trafik sehingga sejam.
Seorang pengguna Threads, @alvinlai99, memuat naik satu klip video memaparkan dia yang menunggang motosikal terpaksa menggunakan laluan alternatif.
Ia susulan laluan terhalang akibat sebuah kereta rosak berhampiran PJS 7, di sini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F1312412312312_526005.png&w=480&output=webp&q=85&we)
