​Petaling Jaya: Bukan setakat pemandu, malah penunggang motosikal turut mengeluh selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas luar biasa di beberapa laluan utama sekitar Bandar Sunway, di sini, hari ini.

​Berdasarkan beberapa hantaran di media sosial, beberapa pemandu mengeluh selepas terperangkap di dalam kesesakan trafik sehingga sejam.

​Seorang pengguna Threads, @alvinlai99, memuat naik satu klip video memaparkan dia yang menunggang motosikal terpaksa menggunakan laluan alternatif.

Ia susulan laluan terhalang akibat sebuah kereta rosak berhampiran PJS 7, di sini.