Kuala Lumpur: Pelakon, Andy Teh memilih untuk mengambil langkah berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus hubungan mesranya dengan aktres, Chacha Maembong.

Andy, 41, berkata dia mahu peminat dan masyarakat memberi tumpuan kepada perkembangan kerjaya seninya berbanding kisah peribadi.

"Saya memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi ketika ini dan mahu beri tumpuan terhadap kerjaya seni.

"Kepada peminat, kalau betul-betul minat saya, tolonglah terus sokong. Hal-hal peribadi saya letak tepi.