JOHOR BAHRU - Dendam kerana cinta tidak berbalas dipercayai menjadi motif pembunuhan terhadap Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, pada Sabtu lalu.Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad berkata, suspek juga tidak berpuas hati kerana mangsa didakwa menjalin hubungan dengan rakan baiknya sendiri.Menurutnya, perkembangan baharu itu susulan soal siasat dibuat terhadap suspek berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas mangsa."Siasatan terkini mendapati motif pembunuhan dipercayai akibat perasaan dendam suspek terhadap mangsa kerana menolak cintanya."Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika sidang akhbar pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekSebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar perempuan tingkatan empat meninggal dunia dipercayai dibunuh di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, Yong Peng, Batu Pahat, pada 3 Oktober lalu.Bedah siasat terhadap mangsa mendapati punca kematian akibat trauma tumpul di kepala.Kejadian itu membawa kepada tangkapan tiga remaja lelaki dengan salah seorang daripadanya direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.AB Rahaman menjelaskan, beberapa kecederaan juga dikesan pada anggota badan mangsa disyaki cuba mempertahankan diri."Kita tidak menolak berlakunya pergelutan antara kedua-duanya berdasarkan beberapa kesan kecederaan pada tangan Irene Sofiya."Setakat ini juga, tiada cubaan rogol terhadap mangsa," ujarnya.Penahanan suspek turut membawa kepada rampasan pelbagai barang termasuk sebatang besi berukuran 96 sentimeter yang dibalut dengan tali leher.Katanya, senjata itu dipercayai digunakan suspek ketika menyerang mangsa."Kertas siasatan yang sudah lengkap akan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor hari ini untuk arahan selanjutnya," ujarnya.
Dendam cinta ditolak punca Irene Sofiya dibunuh, suspek dakwa mangsa jalin hubungan dengan rakan baik sendiri - Polis

Key takeaways
Dendam cinta yang tidak berbalas dipercayai menjadi motif pembunuhan Irene Sofiya, 16, dengan suspek didakwa tidak puas hati kerana mangsa menjalin hubungan dengan rakan baiknya.
- Suspek berusia 16 tahun dipercayai membunuh Irene kerana dendam cinta yang tidak berbalas.
- Polis menyiasat kemungkinan mangsa menjalin hubungan dengan rakan baik suspek.
- Siasatan lanjut masih dijalankan untuk memperjelas motif pembunuhan tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Irene Sofiya dipukul batang besi lepas cinta ditolak, kata polis
- Sinar Harian Dendam cinta ditolak punca Irene Sofiya dibunuh, suspek dakwa mangsa jalin hubungan dengan rakan baik sendiri - Polis (this story)









