Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad, berkata siasatan kes hampir lengkap dengan kertas siasatan dijangka dirujuk ke pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal disyaki menjadi mangsa dendam akibat cinta ditolak dengan suspek disyaki memukul pelajar Tingkatan 4 itu menggunakan sebatang besi berukuran 96cm.

Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad, berkata pihaknya turut merampas sehelai baju sukan yang ada kesan darah, termasuk merampas besi berkenaan yang dibaluti tali leher.

"Polis turut merampas satu batang besi panjang berukuran 96cm yang dibaluti dengan kain tali leher yang kita syaki digunakan sebagai senjata untuk memukul mangsa.