Mesra Run 2.0 sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Negeri Terengganu baru-baru ini menarik penyertaan 2,000 peserta, dua kali ganda berbanding edisi sebelumnya.

Program selama tiga hari di Mesra Mall, Kemasik bukan sahaja aktiviti larian ria, malah turut menawarkan pelbagai acara sukan lain sesuai untuk masyarakat pelbagai peringkat umur dan keupayaan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC yang mengurus Mesra Mall, Francis Tan berkata, Mesra Run adalah agenda nasional untuk mengumpul masyarakat serta membantu ekonomi negeri.

"Penganjuran Mesra Run ini menyatukan masyarakat untuk membeli-belah, meluangkan masa bersama dan menjadi sebahagian daripada sambutan tiga hari ini, sekali gus menyumbang kepada ekonomi Terengganu secara keseluruhan.