KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan memperkenalkan formula penyaksamaan fiskal dan pembangunan antara negeri yang telus serta berasaskan keperluan sebenar bagi merapatkan jurang pembangunan, tanpa dipengaruhi sentimen politik.
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman), berkata formula berkenaan perlu mengambil kira empat faktor utama, iaitu keperluan fiskal setiap negeri, keupayaan menjana hasil sendiri, jurang infrastruktur serta perbezaan kos pembangunan dan penyampaian perkhidmatan awam.
"Melalui pendekatan ini, pengagihan peruntukan dapat dibuat berdasarkan kriteria yang jelas dan bukan semata-mata bergantung pada budi bicara sesebuah pentadbiran di peringkat Persekutuan, apatah lagi ia bukan kerana pertimbangan sentimen politik kepartian atau nilai keakraban.









