MANCHESTER: Pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez mengakui rasa marah dan kecewa selepas kekalahan kepada Atletico Madrid mendorongnya meluahkan kritikan terhadap pengurusan kelab berhubung pelaburan dalam jendela perpindahan pemain.

United tewas 0-2 kepada Atletico dalam aksi Liga Juara-Juara di Sepanyol, Selasa lalu, ketika kelab gergasi England itu turut berdepan permulaan terburuk dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 40 tahun lalu.

Martinez sebelum ini menyasarkan pengarah teknikal kelab, Jason Wilcox, dengan menegaskan beliau menjangkakan pelaburan lebih besar untuk memperkuatkan skuad selepas United menamatkan saingan liga musim lalu di tempat ketiga sekali gus kembali beraksi di pentas tertinggi Eropah.