Tirana: Ketegangan susulan demonstrasi di ibu negara Albania memaksa aksi pembukaan Liga Konferens UEFA antara KF Egnatia dan FC Midtjylland dari Denmark dipindahkan ke gelanggang lain, malam ini.
Midtjylland mengesahkan perlawanan yang pada asalnya dijadual berlangsung di Arena Kombetare, Tirana, kini akan dimainkan di Elbasan Arena, kira-kira 40 minit perjalanan ke tenggara ibu negara itu.
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) membuat keputusan menukar venue selepas mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan susulan demonstrasi yang melanda Tirana.
Bantahan itu dianjurkan sekumpulan pelajar yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keadaan di universiti, peningkatan kos pengajian tinggi, kekurangan bantuan kewangan serta peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.










