PETALING JAYA – Semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang, PPD Kuala Selangor, PPD Kuala Langat, PPD Hulu Langat, PPD Gombak, PPD Sepang, PPD Petaling Perdana dan PPD Petaling Utama ditutup dan tidak beroperasi esok.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memaklumkan, bagaimanapun sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan PPD Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.
“Namun demikian, semua aktiviti luar bilik darjah di kedua-dua daerah tersebut tidak dibenarkan.
“Ibu bapa, penjaga, murid dan seluruh warga pendidikan diminta mengambil maklum tentang pemakluman ini serta merujuk saluran rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat terkini,” katanya dalam kenyataan










