JASIN – Sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di daerah ini semalam membongkarkan kegiatan pengedaran dadah membabitkan seorang jurulatih renang.
Suspek yang berusia 27 tahun diberkas di kawasan Tol Lipat Kajang, di sini, pada pukul 11.30 pagi sebelum merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM6.8 juta dalam serbuan di negeri ini dan Johor.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jasin yang melakukan sekatan jalan raya mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan terhadap kereta jenis Toyota Vios yang digunakan suspek membawa kepada penemuan ketamin seberat 3.70 gram dan MDMA (3










