London: Bekas pengendali England, Gareth Southgate tidak melihat dirinya akan kembali ke bidang kejurulatihan dalam masa terdekat selepas minatnya untuk terus terbabit dalam bola sepak berubah sejak meninggalkan skuad kebangsaan itu.

Southgate, 56, meletakkan jawatan selepas Euro 2024 selepas membimbing England ke dua final Kejohanan Eropah pada 2021 dan 2024, namun gagal menamatkan penantian negara itu untuk menjulang trofi utama sejak Piala Dunia 1966.

Sejak meninggalkan England, beliau memilih meneroka pengalaman baharu berbanding mencari peluang kembali mengendalikan mana-mana pasukan, termasuk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Antara pengalaman itu termasuk menjadi pensyarah jemputan di Harvard Business School, Boston, selain menerajui sebuah dokumentari yang menyaksikan beliau menjelajah United Kingdom bagi memahami cabaran dihadapi golongan lelaki dan kanak-kanak lelaki muda.