Rembau: Malaysia tidak bercadang untuk menghantar nota diplomatik atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia susulan keadaan jerebu rentas sempadan yang sedang melanda negara ketika ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada keperluan untuk mengambil tindakan sedemikian kerana ia boleh memberi kesan kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.
"Kita belum sampai ke tahap itu (hantar nota diplomatik). Cakap dalam Parlimen senanglah dan kalau nak buat begitu, maknanya kita dah bersedia untuk memutuskan hubungan.
"Hubungan rapat kedua-dua negara ini perlu juga dijaga. Jadi, tidaklah sampai kita nak menghantar nota diplomatik atau tindakan undang-undang dan sebagainya," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan bantuan pelajaran, am dan warga emas peringkat Parlimen Rembau di Dewan Orang Ramai Rantau, di sini, hari ini.









%2Ffile%2Fattachments%2F886%2Fimage46_303911.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)