KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah melakukan sedaya yang mungkin dalam menangani isu jerebu merentas sempadan di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Malaysia mengambil sikap 'terlalu lembut' berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu yang semakin memburuk, selain menuntut kerajaan mengambil pendirian lebih tegas.

"Kita sudah buat sedaya mungkin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Residendi Mahasiswa Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.