PADANG BESAR: Seorang lelaki buntu memikirkan nasib keluarganya apabila terpaksa mengehadkan masa mengambil upah melakukan kerja kampung sebagai sumber pendapatan, demi menjaga isteri yang terlantar akibat strok dan pendarahan dalam otak.
Norizan Harun, 54, dari FELDA Chuping, berkata isterinya, Junalita Napiah, 53, kini bergantung sepenuhnya pada penjagaannya selepas diserang strok pada awal bulan ini sehingga menyebabkan separuh badannya lumpuh dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Beliau berkata, ia bermula kira-kira tiga bulan lalu apabila isteri sering pening dan pengsan sebelum hasil pemeriksaan hospital mendapati ada pendarahan di kepalanya.
"Ketika itu, keadaan isteri semakin teruk sehingga matanya tidak boleh dibuka dan tidak mampu bercakap. Hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), doktor memberitahu ada pendarahan di kepalanya yang sedang membesar.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F06%2Fa8195b7191d47d94809f838856f4bfc6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)